Minggu Kemaluan...Eh Minggu Memalukan!!!

Tak tahu nak cakap apa tapi minggu ni adalah salah satu minggu yg amat meninggalkan kesan kemaluan kat diri aku. Byk sgt peristiwa yg bila dikenang2 akan menyebabkan aku menjerit keseorangan ala-ala brader-brader auww kat Lorong Haji Taib satu ketika dahulu. Mengapakah ini terjadi, adakah lintasan Planet Pluto yg sedang mengelilingi orbit Zuhal lantas menyebabkan bintang Scorpio tdk kelihatan di ufuk langit barat? Errmmm.....yg pasti kejadian-kejadian ini harus aku jadikan pedoman dan iktibar agar aku sentiasa menjadi insan solehah dan meniti arus keduniaan yg semakin ke penghujungnya ni...

  1. Hari Ahad, mak aku mengarahkan anak bujangnya yg bertinggian 180cm ini ke kedai utk membeli gula dan keperluan dapur lain, so aku dgn hati yg ikhlas dan murni terus bertindak sbg membuktikan yg aku ni ingin menjadi anak soleh. Sekembalinya dari kedai, aku terus menuju ke lift, butang anak panah ke atas kutekan sambil telinga terdengar suara2 manja kat belakang aku. Bila ditoleh, perghhh...dua org gadis melayu yg tak pernah ku lihat sebelum ni berada dibelakangku, wajah comel dan keayuan mereka terserlah ditambah dgn pakaian yg menutup aurat tanda mereka mentaati suruhan agama. Tiba2 jer perasaan aku utk menunaikan sunnah nabi utk berkeluarga dtg menjengah fikiran, cepat2 aku terus menghafal ayat doa Qunut sbb aku dgr doa tu antara yg sering ditanya ketika temuduga kursus kahwin nnt. Pintu lift terbukak, awek2 dua org tu pun masuk, termasuk sorg akak dan brader yg tinggal seblok ngan aku tp muka x berapa familiar. Aku menuruti kemudian, masing2 sibuk nak tekan punat dlm lift tanda tingkat berapa dorg duduk. Aku tgk awek tu tekan no 11. Perghh...no feveret tuh, brader tu 16 dan akak td 9. Lift berjalan, sewaktu dlm lift mata aku terus memerhati kedua-dua awek ni, bergelak sakan dorg tp masih mengontrol ayu, suara pun leh tahan. Lift berhenti tingkat 9, akak tu pun keluar, bagus kurang satu bebanan kata aku dlm hati. Lift bergerak lagi ke tingkat 11, pintu terbukak dan awek2 tu pun keluar, sebelum pintu tertutup salah sorg dr awek tu sempat toleh ke belakang, terus aku buat muka macho ala-ala yakuza Jepun dlm drama yg aku selalu tgk. Pintu tertutup, aku terasa seolah-olah hatiku turut dibawak pergi. Lift bergerak lagi, kali ni terus Menuju Puncak (menuju puncak, gemilang cahaya...........iklan jap). Sampai tingkat 16, baru aku sedar....."demmmm....apa aku buat kat tingkat 16 nih, rumah aku tingkat 8...b*d*h punya lift" maki aku dlm hati, menyalahkan mesin tak bernyawa tuh atas kesengalan sendiri. Pintu terbukak, brader yg sorg tuh keluar lepas tuh toleh kat aku jgk, kali ni aku buat muka Nobita yg baru lepas kena kejar Giant, sambil tersengih aku cakap kat brader tuh: "saya tertinggal kunci kat motor, nak kena turun amik balik". Brader tersenyum kat aku, dia tgk aku dr atas sampai bawah, mesti dia heran nape budak badan besar nih x keluar2 dr lift. Pintu tertutup, cepat2 aku tekan punat 8, sewaktu aku nak tekan tuh baru aku sedar yg kat tangan aku ni terlekat kunci motor (siap ngan roadtax lagi). Alamak, patutlah brader tu gelak kat aku tadi...siot, nak cover malu punya pasal, malu makin bertambah. Sewaktu lift bergerak turun, ada dua menda aku fikir dlm kepala....pertama, aku rasa makin rajin aku nak ke tingkat 11. Kedua, jgn lah aku jumpa brader tuh lagi....Kemaluan Sey....
  2. Hari Khamis, ofiz aku buat training ttg kepenggunaan sistem baru, aku antara insan bertuah terpilih utk belajar menda baru tuh. Masalahnya, dlm seminggu dua ni aku x tahu kenapa aku sangap sangat-sangat. Sepanjang hari datang office asyik kira waktu nak balik, then dlm byk2 minggu, minggu yg aku tgh sangap lah dorg nak buat training. Tapi xper, demi membuktikan yg aku ni adalah sorg pekerja yg berdedikasi, aku hadirkan diri jgk ke bilik training sbb menda ni penting sekiranya aku nak cepat naik pangkat. Bila aku dah cepat naik pangkat maka makin cerah cita2 aku utk berbini empat.......orait, berbalik pada training tadi, masuk2 jer aku dah terasa nak menguap, aku tgk trainer yg mengajar kitorg pasal sistem tu pun xderlah cun mana, biasa-biasa jer......lagilah mata aku makin berat. Tapi aku xleh tidor, nnt rosak reputasi aku sbg pekerja berdedikasi. So utk mengelakkan diri dr tertidor, aku berangan.......dan dlm angan2 aku tuh aku berangan yg aku sedang dating ngan salah sorg model top dr Japan.......punyalah masyuk sampai tak kesedaran yg aku dah tersengih sorg-sorg. pembelajaran dan training tu pun ntah ke mana.....yg aku dengar perkataan-perkataan mobile jer kat belakang. Well dari situlah bermulanya kemaluan aku lagi, tgh2 syok layan perasaan, tiba2 nama aku disebut, alamak, time nilah dorg nak tanya soalan.....so secara spontan aku jawab: "Saya x pakai mobil, saya pakai Shell, Cik!!...................................Terus berderai ketawa dlm bilik training tuh, semua gelakkan aku seolah-seolah aku ni baru lepas buat lawak kat pentas Raja Lawak. "Apa kau merepek ni Mie, kitorg tanya ttg keberkesanan iklan dlm wap mobile, bkn kitorg tanya kau tanya kau pakai minyak mobil ke shell....huahuahauahaua", explain dorg yg menyebabkan aku rasa baru ditampar. Cis, baruku teringat, objektif utama training hari ni adalah ttg pembelajaran sistem baru yg melibatkan fungsi mengupload content dlm mobile. Arrggg.....kemaluan lagi.......kat mana aku nak sorok muka nih.......
Itu adalah contoh peristiwa memalukan aku utk minggu nih, ada lagi sebenarnya, tp terasa malas nak cerita sbb nnt aku makin bertambah malu....Auwww....Tiiiddaaakkkkk........

Jadi Cikgu?

Great Teacher Onizuka

Hmmmm...hari ni time tgh lunch ngan member2 opis, boleh plak sorg member aku pegi bangkitkan cerita pasal perguruan, cis...terus tersentap hatiku.....Di kala dan saat itu jgk otak aku yg mempunyai kapasiti antara 1 hingga 1000 terabytes (tp ruang yg digunakan x sampai 0.5%) terus teringat kembali cita2 aku time form 4 atau form 5 dulu. Dulu aku pernah memasang angan-angan nak jadi cikgu sekolah, punca dr celah mananya dtg idea nih adalah selepas melihat drama jepun Great Teacher Onizuka kat tv. Perghh...best giler citer tuh, sampai skrg masih menguasai 'carta drama paling dahsyat' pernah aku layan selama 8 tahun berturut-turut. Drama yg mengisahkan Onizuka, sorg graduan universiti yg jgk terkenal dalam dunia samseng menjadi guru kat sebuah sekolah yg rata-rata muridnya mempunyai rekod disiplin lebih busuk dr kaki. Dalam episod demi episod akan menunjukkan camana Onizuka merubah sorg demi sorg anak muridnya menjadi manusia berguna dan mengenal erti kehidupan dan pada masa yg sama berdepan pelbagai cabaran. Memang best la kalo layan di samping cuci mata tgk awek2 jepun berpakaian uniform sekolah...........(alamak, dah start melalut)...ok back to topic....berkenaan aku yg nak jadi cikgu ni, lepas tgk drama tu, aku terus memasang impian nak jadi cikgu mcm Onizuka. So bila sapa2 tanya: "mie, kau dah rancang masa depan kau nak jadi apa?"..aku dgn semangatnya sambil meletakkan sebelah kaki atas kerusi, dan kemudian tangan sebelah diangkat dan jari telunjuk menunjuk ke arah mentari merah diufuk timur, beserta ngan spesel effect ombak besar kat belakang aku yg ntah dari mana datang, ngan mata yg bersinar-sinar aku akan jawab ngan sepenuh hati, "gua nak jadi cikgu sekolah, gua akan pimpin generasi baru ni agar menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang". Perghhh....semangat giler aku time tuh....Namun, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya sampai ke malam.....hasrat dan cita-cita aku tu terbantut selepas aku utarakan niat suci aku tu kat mak aku, dia cakap alasan dia x benarkan aku nak jadi cikgu ialah sbb takut aku bergaduh ngan budak sekolah, tak patut betollah. Tak mungkin aku yg mempunyai hati yg suci, murni dan marhaenis ni (marhaenis tu apa wei?) akan bergaduh ngan budak sekolah, setakat lempang sampai berbuih mulut tu kira adat la tuh, budak2 kalo tak digunakan tangan atau kaki dorg takkan faham......Then dia bg alasan nnt jadi guru akan di hantar jauh2 kat Sabah, Sarawak....ok apa? awek Sabah cun2 apa, ( x caya tanya brader nissc20)..tp org kata, cakap mak bapak jgn di lawan, nnt tak selamat hidup........ so aku mengalah.........dan skrg, sekali lagi semnagat membara aku datang utk jadi pendidik, dan otak aku ligat cari cara camana nak bg niat murni aku ni tercapai, sbb aku dgr citer budak2 skrg ramai dah rosak akidah walaupun muka cun2, meh sini aku nak betolkan.......semangat giler aku nih.........

Lagu Penghidup Pagi Gua...



Lagu di atas adalah dr soundtrack Initial D Stage 4, pergggh....setiap kali dgr lagu ni gua terasa cam nak drift jer menggunakan kereta Proton Iswara buatan 2005 gua tuh. Namun baru gua sedar yg gua tak pernah drift, dan lebih utama lagi bukan saja x pernah drift malah langsung tak reti drift. Hish, kan dah kurang satu advantage utk pikat gadis2 jalanan yg sentiasa menunggu jejaka separa macho memikat mereka dgn skill pemanduan masing2.

Ok, gua ingat lagi dulu lecturer gua pernah menceritakan pengalaman beliau dulu. Dia kata salah satu cara utk memulakan pagi yg ceria ialah dgn bangun pagi dan kemudian pasang lagu yg boleh menaikkan mood ceria anda. Jgn plak bangun pagi terus dgr lagu 'Kekasihku Di Ambil Orang', leh rosak mood sepanjang hari tuh, dia kata lagi, jika bangun pagi lagi mood kita dah ceria, then sepanjang hari tu nnt kita akan berhadapan dgn pelbagai cabaran dalam keadaan ceria bertenaga, adalah penting utk dapat mood ceria ni sbb bila kita ceria, kita akan fikir positif, bila kita positif segalanya akan mudah.

Hmm...ada betul jgk kata-kata lecturer gua tuh, then bila ditanya apa lagu yg beliau dgr tiap2 pagi utk menceriakan beliau, dia bg contoh lagu2 dr kumpulan Modern Talking, so gua pun try la dgr lagu yg disyorkan tuh...agak sedap jgk la...dan sejak hari tuh gua mulakan pagi gua dgn mendengar lagu2 penaik semangat agar gua ceria sepanjang hari.

Tapi baru2 ni sewaktu di kampung balik raya, gua cuba mengadaptasikan gaya hidup gua di bandar kat sana, bangun pagi jer terus bukak lagu kuat2 kononnya nak bg mood naik. Dan di kala dan saat itu jgk gua ditempik oleh mak gua. Then gua try explain mengatakan bahawa ni adalah cara menceriakan pagi agar mudah menghadapi cabaran di kemudian hari. Dan time tu jgk pakcik gua menyampok mengatakan cara menceriakan pagi bukan dgr mendengar lagu2 yg bukan2 tuh, tp adalah dgn mendengar bacaan Al-Quran dan ayat2 suci agar hari kita sentiasa diberkati.....terus gua terkedu, nasib gua x cakap yg lecturer gua yg ajar menda alah ni......

Apa Itu Paradoxa?

Maybe ada yg tertanya-tanya apa itu Paradoxa? Well kalo jawapan direct kpd soalan tersebut ialah Paradoxa ni aku ambil dr sejenis spesis Phyllocrania paradoxa ataupun lebih diketahui dlm B.I nya ghost mantis. Mentadak ni terkenal sbb mmg expert dlm bab penyamaran sbg daun utk mengelirukan pemangsa. Oh ye, kenapa aku pilih nama tersebut, well xder sbb umum melainkan sejenis raksasa dm citer feveret aku, Kamen Rider Blade bernama Paradoxa Undead dan aku mmg minat bentuk ganas makhluk tersebut. Hehehehehe (ceh, apa punya alasan da..)


Photobucket
Phyllocrania paradoxa

Also apa yg menyebabkan aku tertarik ngan serangga ni ialah kemampuannya mengelirukan musuh dgn menggunakan penyamaran, sekali imbas sure tak perasan perbezaan makhluk ni dgn daun kering atau daun hijau. Teknik ni sebenarnya ingin aku terapkan dlm kehidupan seharian aku iaitu menyamar agar dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran. Yalah, sampai skrg aku dapat rasakan aku ni agak susah utk get along ngan certain people atau pun kadang2 pendiam yg amat hingga timbul spekulasi yg aku ni sombong. Tidak sebenarnya, aku ni kalo dah start berkawan mmg takleh kontrol ketawa lagi dah. Aku bajet langsuir yg duk mengilai kat kampung2 atau pergunungan tu pun confirm akan amik aku jadi sifu kalo dah sekali dgr aku gelak. Ok, sekian utk sesi merepek bersama aku kali ni, next time aku akan introduce serangga jenis lain plakPhotobucket.

Mulanya Di Sini...

Assalammualaikum, wahahahahahah ....akhirnya setelah berbulan-bulan aku memerhati dan berbelah bagi, akhirnya aku berjaya jgk buat blog sendiri. Perghhh...tak terbayang perasaan bangga walaupun hakikatnya aku still x tahu satu hapa pun lagi ttg apa kejadahnya blog nih, yg aku tahu ialah masuk ke blog Mr.G pastu gelak cam setan sbb baca ayat2 mengarut dia then pastu itu jelah yg aku tahu. Satu perkara lagi yg aku tahu ialah blog ini satu mcm manefistasi perasaan dalaman ttg penulis blog itu sendiri yg ingin disampaikan secara zahir menggunakan teknologi internet. Sbb tu kadang2 aku tgk bila ada member2 yg frust sbb gaduh ngan awek ke, cinta ditolak ke, kena marah mak ke, kena hamun ngan jiran sebelah ke ....dorg akan melampiaskan perasaan kecewa dan tekanan dorg melalui penulisan blog, akhirnya jadilah aku sbg salah sorg pembaca rasmi namun x dapat berempati sbb aku x memahami apa yg dorg tulis. Ok, by the way, ni percubaan pertama aku utk join komuniti masyarakat bloggers, so mmg byk kelemahan aku rasa, dan aku sedia dikritik kalo ada apa2 yg x best ....Apa2 pun terima kasih kerana menjadi antara org pertama melayan karya tulisan aku x seberapa nih...sekian, majulah blog utk negara.... Photobucket