Aku, Mereka & Korea...

Korea Selatan, sebuah negara maju yg terletak di kejiranan antara China & Japan merupakan salah satu kuasa ekonomi dunia (terletak di kedudukan ke 4 di Asia & ke 15 dlm dunia). Negara yg berkapasiti penduduk sebanyak 48,379,392 ini juga terkenal dgn sumbangan mereka dari pengeluaran automobil (KIA, Hyundai) serta barangan elektrik dan elektronik (Samsung, LG).

Well, cukup setakat tu mukkadimah gua ttg negara Korea. Apa yg gua nak citerkan di sini ialah, gua pernah terbaca satu statement ntah dari mana ntah yg mengatakan perempuan2 Korea adalah antara yg tercantik di Asia. Sama ada statement tu betol atau tdk, gua malas nak kaji, sbb dlm hati gua, gua sgt2 berharap statement tu tidak betol. Sebab apa, seandainya statement tuh betol, maka akan menarik perhatian seluruh dunia utk dtg atau mencari maklumat ttg gadis2 Korea.

Ini secara tidak langsung akan menipiskan lagi peluang gua yg sememangnya dah berada pada kala 0% utk memiliki awek Korea. Kalolah makin ramai yg syok kat awek Korea, ntah2 peluang gua yg 0% ni akan jadi -1% hingga -10% plak. Tapi betol ke awek Korea tu cun? Satu ketika dulu utk kepastian, gua telah bertanya kpd salah sorg sahabat baik gua, iaitu Encik Mujahid Fahami ttg keunikkan awek2 Korea nih, so utk example dia telah memperkenalkan gua ngan seleb2 Korea yg gua tak pernah kenal selama nih, so dari situ gua tertarik ngan music dorg (drama x layan sgt) sbb selain music yg catchy, awek2 nya jgk mmg menepati citarasa gua.

Berikut adalah sebahagian dr video klip yg menjawab persoalan gua ttg gadis2 Korea:


Wonder Girls
Dikenalkan oleh: org yg kenalkan tak ingin namanya disebut
Favourite Member: Sun Ye (yg start intro kat 2.24, ketua kumpulan serta paling sparkling dlm lima-lima org tuh)

Actually dorg ni tak perlu masuk list nih, sbb dorg ni leh kira living legend, sampai bila2 pun gua akan ingat music dan tarian dorg. Wonder Girls mencipta fenomena ngan lagu Nobody, seterusnya mengangkat martabat mereka sbg artis Korea pertama mencipta rekod memasuki carta Billboard Hot 100 kat Amerika, malah kejayaan demi kejayaan diraih mereka seperti Anugerah 'Artist Of The Year 2008" kat Korea.



4Minute
Dikenalkan oleh: Akmal Adli (DeCaDe)
Favourite Member: Jihyun (start nyanyi kat 0.33, juga ketua kumpulan dan tak tahu kenapa gua tertarik sgt kat dia at first sight)

Sister band kpd Wonder Girls, tp dorg lebih gedik dan tarian dorg lebih lincah serta catchy.



SNSD
Dikenalkan oleh: Mujahid, kemudiannya reintroduce oleh Adli
Favourite Member: Jessica (start2 jer muka dia, yg pakai topi dan seluar biru. Cantik, menarik, tertarik dan mmg da bomb)

Sembilan org ahli, ramai giler...semua cun-cun plak tuh, tak tahu nak pilih yg mana satu. Lagu dorg cam keanak-anakan sikit ditambah ngan perangai kebudak-budakkan member, tp peduli hapa, sedangkan lagu Doraemon pun hari-hari menjadi siulan gua.



KARA
Dikenalkan oleh: Mujahid
Favourite Member: Nicole (rambut pendek, intro pada 1.12. So sexy dan menawan)

KARA membawa revolusi baru pengenalan girl band Korea buat gua, once upon a time, populariti mereka mengalahkan Wonder Girls sebelum impak oleh lagu berhantu "Nobody' menenggelamkan mereka buat seketika. Namun mereka bangkit kembali ngan single-single yg menarik selain memegang gelaran sbg pewaris kpd Fin K.L (sebuah girl band yg giler2 punya top penghujung 90-an dan awal 2000 dulu)



After School
Dikenalkan oleh: Mujahid
Favourite Member: Park Gahee (first intro 0.30, ketua kumpulan dan paling erotik sekali)

Pussy Cat Dolls Asia!? Maybe kot, walaupun gua lebih byk kehilangan darah ngan menonton tarian dorg berbanding PCD tuh. Well, gabungan rap, dance dan music yg menarik menyebabkan gua sering memutarkan lagu dorg berulang-ulang, apatah lagi kalo tgk video, dah habis jer putar balik......

2 comments:

Lynda.CG November 12, 2009 at 10:48 AM  

klip 2 dan 3 adalah kegemaran saya jugaaaaaaaaaaaaa..sgt cute kan awek2 korea nih. chumeeeeeeeeeeeeel je ..:D

el_zafa November 12, 2009 at 12:19 PM  

maksud linda lagu 4minute ngan SNSD tu ke?

Post a Comment