Antara Tangan Henry Dan Kekalahan Arsenal....



PUTRAJAYA, 23 NOV: Kekalahan Arsenal di tangan Sunderland pada pagi Ahad lalu nyata memberi impak besar kepada peminat Gunners di seluruh dunia. Rata-rata mereka ketika ditemui menyuarakan ketidakpuasan hati di atas kekalahan ini dan apa yang menghairankan, hampir 64% mengatakan punca kekalahan adalah disebabkan tindakan bekas kapten Arsenal, Thierry Henry yang menggunakan tangan untuk membantu Perancis layak ke Piala Dunia 2010 yang bakal berlangsung di Afrika Selatan tidak lama lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, wartawan kami Supian Zahar telah mengorbankan duit simpanannya untuk perkahwinan yang entah bila sebagai tambang pergi balik bagi mendapatkan maklum balas peminat Arsenal dari serata dunia tentang kelalahan dan kontroversi ini.

Utara Congo
Seramai 363 orang ahli Persatuan Lelaki Beristeri Dua telah menyertai perarakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di atas kekalahan Arsenal. Timbalan Presiden persatuan berkenaan, Encik Usop Douglas menyatakan bahawa kekalahan ini tidak sepatutnya berlaku ketika Arsenal berada pada kemuncak prestasi mereka. "Kami sememangnya tidak dapat menerima kekalahan ini, tambah-tambah saya sendiri sebab saya telah bertaruh dengan isteri saya. Dalam taruhan kami, persetujuan telah dibuat iaitu sekiranya Arsenal menang, beliau iaitu isteri saya telah bersetuju untuk membenarkan saya kahwin satu lagi", kata beliau ketika ditemui sewaktu membakar selipar di belakang rumahnya akibat kekecewaan tak dapat kahwin lagi satu. Usop Douglas bagaimanapun menafikan bahawa kekalahan ini berpunca dari tindakan isterinya merasuah pemain-pemain Arsenal sebaliknya mengatakan tindakan merasuah kemungkinan dibuat oleh pihak-pihak tertentu dalam persatuan yang jealous sekiranya beliau berkahwin satu lagi, maka beliau akan secara otomatik naik pangkat sebab dah ada 3 isteri berbanding ahli-ahli lain yang hanya beristeri dua.

Sempadan Guatemala & El Savador
Pekerja-pekerja kilang getah di sini telah melakukan mogok lapar secara beramai-ramai
hari ini. Ketua Mogok, Encik Gilbert Arowana telah mengatakan selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi, maka mogok ini akan berterusan. "Kami di sini menuntut agar perlawanan ulangan antara Perancis dan Ireland dilakukan dengan segera sebelum undian peringkat kumpulan berlangsung 4 Disember ini. Jika tidak, kami akan terus menerus berlapar dan hanya akan makan 3 kali saja sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Waktu lain kami tak akan makan dan rela berlapar", tegas Gilbert sambil mengesat mulutnya yang dipenuhi sisa nasi lemak berlaukkan ayam panggang yang dibeli sewaktu datang kerja pagi tadi.

Bandaraya Moscow
Hampir 80% penduduk bandar ini turut meluahkan kekecewaan mereka di atas kekalahan Arsenal. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Linkin (Linkin Park???), Vladimir Ekzos ketika membuat sidang media bagi mewakili penduduk-penduduk taman perumahan
berkenaan menyatakan, kemenangan mungkin berpihak kepada Arsenal sekiranya Arshavin dimasukkan dari awal permainan. "Это не то, что должно случиться, действия Арсен Венгер не включать Аршавин с начала игры было что-то глупо. Таким образом, мы можем увидеть любимых команд упал," ucapan beliau dari sidang media berkenaan.

Kampung Seberang Alor Madi, Alor Star
Di utara tanahair, keadaan yang lebih buruk berlaku. Seorang warga emas, Pak Din Toya telah menfailkan penceraian beliau dengan isterinya, Mak Teh Jenab akibat perselisihan faham dalam bola sepak. Pak Din Toya, seorang usahawan kecil-kecilan dengan menjual mercun ketika musim perayaan dalam satu temuramah menyatakan punca perbalahan beliau dan isterinya adalah akibat isterinya menyokong team lain dalam EPL. "Hangpa tau tak, dia dah janji ngan aku, lepas Cristiano Ronaldo blah dr MU, dia akan support Arsenal. Dulu dia kata dia syok kat MU sbb MU ada Beckham, lepas Beckham blah dia kata dia syok kat Ronaldo plak, la ni Ronaldo pun blah dia kata dia tetap syok kat MU jgk sbb selama ni baru dia sedaq, dia bukan syok kat Beckham atau Ronaldo, ghupa-ghupanya dia syok kat Alex Ferguson! Aku tak tahan dah camni, dari terus merana dan terseksa, baik kami berpisah", kata beliau lalu berlalu pergi sambil menyanyikan lagu Sejarah Mungkin Berulang yang pernah dipopularkan oleh kumpulan New Boyz dalam versi tamil.

Georgetown
Impak kekalahan Arsenal turut dirasai di Pulau Mutiara ini. Joseph Iskandar, seorang 'Mat Pet' bereputasi tinggi di perairan selat Melaka ketika ditemuramah turut menyuarakan pendapat beliau. "Gua dah cakap dengan member gua beb, mlm tu punya match mmg Sunderland dapat titik Arsenal punya, kalo dah pakai keeper cam Almunia tuh, tapi member gua semua x percaya!! Skrg lu tgk, semua dan lalok xleh cakap!" kata beliau sambil membuat mata stim. Adalah dipercayai bahawa member kepada Joseph ini adalah sebiji motosikal jenama Yamaha TZM 150cc tanpa clutch yg dimodified beliau sendiri ketika dalam keadaan high 4 tahun sudah.

Putrajaya
Senario berlainan pula berlaku di Putrajaya apabila seorang lelaki, Bay-Yo menyalahkan sahabatnya, Zafawi Kenpachi sbg punca kekalahan Arsenal. "Ni semua kau punya pasal, sbb kau tertido terus Arsenal kalah, kalo x mesti Arsenal menang punya!" tegas Bay-Yo yang marah-marah sambil membuat mimik muka penjahat dalam citer Hindustan. Beliau menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu setelah rakannya, Kenpachi yg pada awalnya beria-ia mengajaknya sama-sama menonton bola demi mengeratkan silaturrahim tertido kebuntangan sebaik sahaja perlawanan memasuki babak kedua separuh masa.

Konflik kekalahan Arsenal semakin memuncak apabila musuh setempat, Tottenham mencatat kemenangan luar biasa 9-1 ke atas Wigan. Walaubagaimanapun, pihak kami tdk dapat memberikan berita lanjut kerana wartawan kami, Supian Zahar telah kehabisan wang simpanannya. Sekian, berita dari Bermana.

Sedikit gambar hiasan,





p/s: apa semua pose sama jer nih???

1 comments:

race November 24, 2009 at 12:34 PM  

dah stat meraban dah membe ku sowang ni.... rileks r.. november rain hampir berlalu hehehehhe...

p/s- ko suka pose kangkang ek? wakakakkaka

Post a Comment