Oh!...Aku Tepesona

Kumpulan K-Pop terkenal Korea, So Nyeo Shi Dae ataupun SNSD a.k.a Girl's Generation kembali dengan album terbaru mereka, Oh! dengan single pertama dengan tajuk yg sama. Dengan ini bermakna gua akan kembali hanyut dlm dunia separa realiti gua berpacaran dengan awek2 dr band ini seperti mana mereka menyebabkan gua gila bayang dgn lagu2 terdahulu seperti Gee dan Genie. Dan jgk seperti mana Gee atau Genie yg tampil dgn video klip kiut-miut dan seksi dorg, Oh! jgk hadir ngan video klip baru yg pada gua adalah yg terbaik pernah ditampilkan mereke bersembilan.

1st time dgr Oh!, gua rasa lagu ni annoying giler....sangat2 menggangu fikiran gua, hampir gua nak cakap lagu ni x best. Tapi setelah mendengar buat kali ke-43 hari ni, gua dah mula terikut-ikut irama, lirik, dan nada nyanyian dorg.... Tak pasal2 terkeluar suara perempuan dari tekak gua.

Itu berkenaan lagu, kalo berkenaan video plak, perghhhh......seriously, lebih hebat dr video2 klip dorg terdahulu, dorg tampil ngan lebih comel, matured dan shining....hahaha. Tak jemu gua menonton sejak tiga hari lalu, rasanya ni dah lebih 20 kali gua ulang tayang video nih....sampai dah leh catch up scene-scene menarik





Antara scene yg buat gua syok sendiri ialah...

* Tarian Taeyeon, Yuna & Sooyoung pada 0.39, irama dan tariannya yg sekata buat gua pun nak join sama..
* Pakaian dorg sbg pom-pom girl pada 1.14 adalah dress paling seksi SNSD pernah gua tgk
* Dituruti reaksi muka bengang Taeyeon pada 1.16 bila masuk dressing room dan kemudian kasi arahan kat anak2 buah dia....sweet....
* Jessica buat silap time 1.20 pastu kena marah ngan Taeyeon, my 2nd feveret moment dlm klip nih.....sampai skrg bila ingat gua tersengih sorg-sorg....
* Reaksi muka Sunny pada 1.31, kiut tak hengat...hahahah
* Ekspresi muka Jessica pada 2.00 adalah the most memorable moment utk sebuah video klip pada ingatan gua...hahaha, cara dia terpegun tuh buat gua rasa cam nak bertukar jadi Kamen Rider Hibiki jer....then buat pose poyo...
* 2.54, Sooyoung kenyit mata....terus gua bangun dr tmpt duduk pc gua dah try pose Kotaro Minami dlm Kamen Rider Black, gua sendiri tak tahu kenapa gua berbuat demikian.

itu adalah sebahgian yg gua ingat, nnt gua nak tgk balik pastu sambung review kalo ada apa2 yg menarik lagi.

p/s: takziah kpd kumpulan WonderGirls, penyanyi utama Sun Mi dikatakan akan menarik diri dr kumpulan mega popular tu setelah berakhir bulan Febuari nih atas sbb2 peribadi. Semoga korg terus sukses selepas nih. Buat Sun Mi, ni pesanan gua..."I want nobody, nobody but you!"

Ore Sanjou!!! (I'm Back)

Perghhh....lama giler tak menghupdate blog, bukan apa, tersangat busy ngan kerjaya serta ketandusan idea nak menulis atau menceritakan kejadian di sekeliling aku. Tu belom masuk part lupa password...hahahaha.

Anyway, hari ni adalah genap 23 tahun aku berpijak kat bumi ciptaan Allah S.W.T nih. 23 tahun hidup, nyata masih terlalu byk menda yg perlu aku pelajar. Camana nak menjadi matang dan rasional adalah cabaran aku utk usia sebegini. Seriusly, ramai dikalangan kita yg selalu perasan diri tuh matang, kononnya dah dewasa la tuh. Tak sedar ke dorg yg dgn perasan matang tu adalah ciri2 tak matang sebenarnya.

Aku pun x tahu apakah ciri2 kematangan sebenarnya, yg aku tahu seseorg yg matang ialah seorg yg tenang dan sentiasa berfikiran rasional dlm apa jua situasi dan keadaan. Ciri2 tu takder kat aku, yelah…baru kereta accident jer dan menggelabah tak ingat, baru cinta kena reject dah mula jiwang karat, baru sesat bila main game dah mula nak mencarut-marut....So kali ni aku akan cuba rasional dlm apa jua perbuatan aku supaya dapat menunjukkan kedewasaan aku skrg.

Masalahnya, aku adalah salah sorg khalifah atas muka bumi ini yg tak ingin jadi dewasa…..dah ribuan kali dah aku dgr ayat: ‘Kau ni badan jer besar, fikiran cam budak2’. Well aku terima ayat tuh, walaupun hakikatnya ayat tu datang dr Mat Rempit yg sentiasa menunjukkan kemachoan mereka kpd awek2 bohsia dgn skill mengangkat tayar depan EX5 masing2....

Berbalik kpd kenapa aku x nak jadi dewasa, aku sebenarnya enjoy bila tgk persekitaran aku di mana kanak2 bermain riang tanpa sebarang masalah. Mereka hanya tahu main jer, takder langsung tanggunjawab yg dibebankan ke atas bahu mereka, tak payah fikir camana nak handle kewangan, camana nak handle tanggungjawab dan sebagainya. Dulu aku waktu kecik, aku selalu fikir…cepat lah besar, nak kerja, nak ada duit sendiri, nak beli barang sendiri sbb selalu mintak kat mak tak dapat.

Sekarang bila dah mencecah alam dewasa nih, baru aku paham betapa beratnya tanggungjawab yang perlu dipikul. Dulu time student tekanan yg selalu dihadapai ialah nak siapkan kerja sekolah/assignment then fikir nak score time exam. Tu pun kononnya semua dah pressure tahap tertinggilah tuh, tp kalo dicompare dgn pressure bila masuk alam pekerjaan, aku sedar yg pressure time student tuh tak seberapa kalo nak dicompare keadaan skrg...

Oklah, ni pergi munasarawak diri jap, nak nyanyi lagu birthday lagu sendiri...Semoga Allah panjangkan usia aku dan kurniakan kebahagiaan utk aku di dunia dan akhirat.