Baru-baru nih, sorg kawan aku frust menonggeng bila awek yg dia admire sejak zaman sekolah iaitu kira-kira 10 tahun lalu telah selamat bertunang, Untuk membikin keadaan lebih kacau, mamat yg ditunangi oleh awek ni plak tak lain tak bukan kawan baik kpd kawan aku tuh. So mmg perit, sedih dan melukakan....
Sekali imbas, menda nih cam drama plak...Betol2 buat aku nak tergelak sorg2, tp iutlah hakikat duniawi yg terpaksa ditanggung oleh member aku sorg nih. Utk menyenangkan semua pihak, aku namakan mamat ni H,...........jap, cam stereotaip plak, ok aku namakan dia Hideo supaya nampak cam drama Jepun sikit. Hahahaha......Hideo ni dah lama kenal ngan perempuan nih (errrr.......apa nak letak nama perempuan ni ye? takkan Maria Ozawa kot? tu dah 'drama' lain? ok aku namakan perempuan nih Miyabi).
Ok, Hideo ngan Miyabi dah lama kenal satu sama lain, sejak zaman sekolah form 1 lagi. Tapi perkenalan mereka xderlah jiwang2 atau terus start dating (apa kejadahnya tingkatan 1 dah pandai dating?). Tapi start form 4, si Hideo dah terasa semacam, bila dia dekat ngan Miyabi jer, hati dia terus berkobar-kobar cam baru lepas pecah rekod Usain Bolt dlm larian 100m. Well mungkin itulah yg dinamakan cinta. Tapi si Hideo ni mempunyai masalah pemahaman diri dan hati, dari mengakui perasaan diri sendiri yg dia syok kat Miyabi, dia telah putarbelitkan hati dan perasaan dia kpd benci pada si Miyabi. Akibatnya, setiap kali dorg bertentang mata si Hideo akan mula mencari pasal. Ada saja menda tak kena yg dia jumpa pada si Miyabi nih, namun si Hideo xder lah melampaui batas, dia masih mengekalkan nilai2 norma kemasayrakatan. Nasib segala hamburan yg dia keluarkan tu tak lebih dari sekadar gurauan semata-mata atas dasar kawan.
Persahabatan mereka berlanjutan sehingga tamat pengajian tinggi. Tapi si Hideo ni masih dengan ego beliau dan tak mahu mengakui perasaan dia pada Miyabi. Ada sekali tu dia bgtau aku perasaan dia setiap kali jumpa Miyabi: “wei kau tahu Mie, setiap kali aku tgk muka dia, aku rasa menyampah yg amat, rasa cam xder minah lain ke nak muncul? Tapi bila dia xder aku rasa cam dunia ni kosong, tak pun cam ada anggota badan aku yang tak lengkap.” Kata si Hideo pada aku sambil mengketedarah ngan penuh selera ayam KFC ketika makan malam baru2 nih. Nak jgk time tuh aku cakap kat dia: “tulah tandanya kau tgh angau atau dah tangkap cintan sama minah tuh, tapi kau jer tak reti nak paham isi hati kau”, namun kata-kata tu tak terkeluar dari mulut aku sbb tak tahan nafsu utk turut sama mengketedarah set dinner plate KFC depan mata pada masa yg sama.
Kisah si Hideo dan Miyabi ni akhirnya sampai kemuncak apabila si Hideo dapat tahu yg Miyabi dah start couple ngan Akira (perghh…nama best tak hengat aku bg), sentap giler si Hideo time tuh sbb Akira tu tak lain tak bukan kawan baik dia sendiri. Namun atas dasar persahabatan, Hideo hanya mendiamkan diri dan turut sama bergembira atas hubungan dorg walaupun hati dia pilu yg amat. Sempat jgk si Hideo berbisik kat aku: “alaaa….dorg couple jer tuh, belum lagi kahwin..lama2 esok putus lah tu”, ternyata dlm keadaan sedar atau tidak, Hideo telah mengeluarkan ungkapan keji berkenaan.
Klimaksnya, baru2 nih lagi satu berita sentap telah diterima oleh Hideo. Akira dan Miyabi akan bertunang. Nak jer Hideo menangis namun ego dia masih menebal. Hideo tak tahu nak kata apa lagi dah sebaliknya datang jumpa aku sewaktu aku sibuk memikirkan camana menjimatkan ruangan harddisk aku yang dan mcm nak termuntah isinya nih. Perlukah sebarang video atau gambar2 tak senonoh dibuang? Tapi setahu aku harddisk ni xder menda yg tak senonoh didalamnya, aku kan budak baik.
Hideo menceritakan segala masalahnya pada aku, tapi yg aku leh cakap hanya nih: “padan muka, sapa suruh kau tak confess awal2, kan dah melepas. Skrg kalo kau nak confess pun xder guna dah, silap2 byk hati yg terluka atau makan dalam!” dengan machonya aku cakap ayat berkenaan walaupun xder special effect. Yelah, ayat apa lagi yg aku leh cakap, xkan aku nak cakap: “rileks la, dorg baru tuning, belom kahwin….esok2 putus la tuh!” giler keji kalo aku cakap camtuh.
Hideo terdiam, maybe ada benar jgk cakap aku fikir beliau. Nak taknak, dia terpaksa jgk mengharungi hari sedih yg akan tiba tuh. Si Akira dan Miyabi bertunang pada 12.12.2009, iaitu pada hari artikel nih ditulis. Aku dapat tahu dr Hideo dia datang majlis tunang berkenaan walaupun tiba agak lambat. Tak tahulah camana dia lalui keadaan tuh bila tgk insan yg dia cinta menyarung cincin tanda akan dimiliki org lain suatu hari nanti. Aku jgk dapat tahu yg Hideo ada bg hint kat Akira ttg perasaan dia pada Miyabi, tapi tak tahulah Akira dapat tangkap ke tidak sbb ayat yg dia beritahu: “pergghhhh…cun plak minah ni hari nih, kalo aku tahu awal2 baik aku masuk line dulu dr kau, Akira. Manalah tahu hari ni actually kau plak yg kena hadir majlis aku bertunang!”kata si Hideo dlm jenaka sambil gelak2. Tapi yg pasti, aku dapat pengajaran jgk dr kisah dorg nih, kalo kita suka kat seseorg…baik bgtau cepat2…..tak kisah la samada nnt kena reject ke hapa…sbb kesakitan mencintai seseorg tanpa dapat memberitahu dia adalah lebih sakit dari kesakitan cinta direject. Sekian.
Kisah Jiwang Seorang Kawan
Wah..Aku Ada Blog Rupanya....
Pagi yg cerah dan aman dipersekitaran Putrajaya ni mmg kadangkala agak meyenangkan, ditambah plak ngan kesejukkan embun pagi yg kadangkala menghasilkan kabus boleh menyebabkan kita semua lupa seketika segala masalah diri dan konflik peradaban dunia hari nih.
Namun pagi yg cerah ni kadangkala akan menjadi tak best sekiranya kita dipaksa utk bangun awal pagi dan menunaikan tanggungjawab keduniaan samada sebg sorg anak, suami, abang atau adik bg kaum lelaki. Dan itulah keadaan yg menimpa gua apabila mimpi indah gua bersama gadis idaman dibantutkan oleh ibu gua yg mengejutkan gua bg menunaikan tanggungjawab sorg anak. Masa tu jiwa muda dan pemberontakkan hati gua nak je cakap camni: "mak, kalo mak tunggu lama sikit mesti mak dapat dgr nama bakal menantu mak time org mengigau td, xpun kalo mak masuk dlm mimpi org boleh terus jumpa bakal menantu mak tuh, terus boleh bg approval", kata gua dlm hati jer sbb x dapat bayangkan betapa ngerinya situasi yg bakal berlaku sekiranya ayat tersebut terpancul dr mulut gua.
Bangun jer, terus gua bukak pc tanpa mandi dan gosok gigi...nak jgk tahu perkembangan mutakhir keadaan dunia semasa. Then baru gua teringat yg mlm td ada Final Draw utk kedudukan kumpulan bg setiap team yg bertanding utk World Cup 2010. Patutlah gua tak bersemangat bangun pagi, sbb dah berjaga overtime malam td. Bercakap pasal bolasepak, hati gua terus rasa cam sweet & sour mcm masakan ikan siakap kat sebuah restoran Thai yg dinikmati ptg semalam. Gua rasa sweet sbb x lama lagi World Cup dah nak mula dan gua rasa inilah satu2 'demam' yg gua betol2 enjoy dan x perlu amik MC. Walaupun bakal berlangsung lagi 7 bulan, namun keterujaannya dah terasa. Manakala perasaan sour gua adalah disebabkan kejatuhan prestasi kelab feveret gua iaitu Arsenal. Damned, malas nak citer lebih2....berdarah lak hati gua karang.
Namun, dlm keadaan separa sedar, gua baru teringat sesuatu yg gua tak tahu amendanya yg gua ingat tuh, tp menda tu mmg sesuatulah. Gua cuba kaitkan dgn segala yg ada dipersekitaran gua, namun tak dapat jumpa titik pangkalnya. Setelah beruasaha dlm lebih kurang setengah jam, gua mula dapat petunjuk, dan klunya dtg dr Arsenal. Secara perlahan-lahan gua check bookmark yg ada pada browser Firefox gua...
Lol........baru gua teringat, gua ada blog rupanya........dah dekat dua minggu tak update, ni kes hati tak tenteram punya pasal.......dah la last artikel berkenaan kekalahan Arsenal, then Arsenal lak terus menerus kalah pastu. Terus gua takut ngan bayang2 sendiri utk buka blog.
Patutlah hati gua tak tenteram seminggu dua ni, perasaan dalaman gua tak diluahkan rupanya. Well, utk mententeramkan hati gua, gua rasa patut gua menulis balik blog nih, cuma persoalannya, gua sendiri dah lupa apa yg menyebabkan hati gua tak tenteram..... Adeh, nak sambung tido baliklah, mana tahu dapat petunjuk balik......