Wah..Aku Ada Blog Rupanya....

Pagi yg cerah dan aman dipersekitaran Putrajaya ni mmg kadangkala agak meyenangkan, ditambah plak ngan kesejukkan embun pagi yg kadangkala menghasilkan kabus boleh menyebabkan kita semua lupa seketika segala masalah diri dan konflik peradaban dunia hari nih.

Namun pagi yg cerah ni kadangkala akan menjadi tak best sekiranya kita dipaksa utk bangun awal pagi dan menunaikan tanggungjawab keduniaan samada sebg sorg anak, suami, abang atau adik bg kaum lelaki. Dan itulah keadaan yg menimpa gua apabila mimpi indah gua bersama gadis idaman dibantutkan oleh ibu gua yg mengejutkan gua bg menunaikan tanggungjawab sorg anak. Masa tu jiwa muda dan pemberontakkan hati gua nak je cakap camni: "mak, kalo mak tunggu lama sikit mesti mak dapat dgr nama bakal menantu mak time org mengigau td, xpun kalo mak masuk dlm mimpi org boleh terus jumpa bakal menantu mak tuh, terus boleh bg approval", kata gua dlm hati jer sbb x dapat bayangkan betapa ngerinya situasi yg bakal berlaku sekiranya ayat tersebut terpancul dr mulut gua.

Bangun jer, terus gua bukak pc tanpa mandi dan gosok gigi...nak jgk tahu perkembangan mutakhir keadaan dunia semasa. Then baru gua teringat yg mlm td ada Final Draw utk kedudukan kumpulan bg setiap team yg bertanding utk World Cup 2010. Patutlah gua tak bersemangat bangun pagi, sbb dah berjaga overtime malam td. Bercakap pasal bolasepak, hati gua terus rasa cam sweet & sour mcm masakan ikan siakap kat sebuah restoran Thai yg dinikmati ptg semalam. Gua rasa sweet sbb x lama lagi World Cup dah nak mula dan gua rasa inilah satu2 'demam' yg gua betol2 enjoy dan x perlu amik MC. Walaupun bakal berlangsung lagi 7 bulan, namun keterujaannya dah terasa. Manakala perasaan sour gua adalah disebabkan kejatuhan prestasi kelab feveret gua iaitu Arsenal. Damned, malas nak citer lebih2....berdarah lak hati gua karang.

Namun, dlm keadaan separa sedar, gua baru teringat sesuatu yg gua tak tahu amendanya yg gua ingat tuh, tp menda tu mmg sesuatulah. Gua cuba kaitkan dgn segala yg ada dipersekitaran gua, namun tak dapat jumpa titik pangkalnya. Setelah beruasaha dlm lebih kurang setengah jam, gua mula dapat petunjuk, dan klunya dtg dr Arsenal. Secara perlahan-lahan gua check bookmark yg ada pada browser Firefox gua...

Lol........baru gua teringat, gua ada blog rupanya........dah dekat dua minggu tak update, ni kes hati tak tenteram punya pasal.......dah la last artikel berkenaan kekalahan Arsenal, then Arsenal lak terus menerus kalah pastu. Terus gua takut ngan bayang2 sendiri utk buka blog.

Patutlah hati gua tak tenteram seminggu dua ni, perasaan dalaman gua tak diluahkan rupanya. Well, utk mententeramkan hati gua, gua rasa patut gua menulis balik blog nih, cuma persoalannya, gua sendiri dah lupa apa yg menyebabkan hati gua tak tenteram..... Adeh, nak sambung tido baliklah, mana tahu dapat petunjuk balik......

0 comments:

Post a Comment