Lagu Penghidup Pagi Gua...



Lagu di atas adalah dr soundtrack Initial D Stage 4, pergggh....setiap kali dgr lagu ni gua terasa cam nak drift jer menggunakan kereta Proton Iswara buatan 2005 gua tuh. Namun baru gua sedar yg gua tak pernah drift, dan lebih utama lagi bukan saja x pernah drift malah langsung tak reti drift. Hish, kan dah kurang satu advantage utk pikat gadis2 jalanan yg sentiasa menunggu jejaka separa macho memikat mereka dgn skill pemanduan masing2.

Ok, gua ingat lagi dulu lecturer gua pernah menceritakan pengalaman beliau dulu. Dia kata salah satu cara utk memulakan pagi yg ceria ialah dgn bangun pagi dan kemudian pasang lagu yg boleh menaikkan mood ceria anda. Jgn plak bangun pagi terus dgr lagu 'Kekasihku Di Ambil Orang', leh rosak mood sepanjang hari tuh, dia kata lagi, jika bangun pagi lagi mood kita dah ceria, then sepanjang hari tu nnt kita akan berhadapan dgn pelbagai cabaran dalam keadaan ceria bertenaga, adalah penting utk dapat mood ceria ni sbb bila kita ceria, kita akan fikir positif, bila kita positif segalanya akan mudah.

Hmm...ada betul jgk kata-kata lecturer gua tuh, then bila ditanya apa lagu yg beliau dgr tiap2 pagi utk menceriakan beliau, dia bg contoh lagu2 dr kumpulan Modern Talking, so gua pun try la dgr lagu yg disyorkan tuh...agak sedap jgk la...dan sejak hari tuh gua mulakan pagi gua dgn mendengar lagu2 penaik semangat agar gua ceria sepanjang hari.

Tapi baru2 ni sewaktu di kampung balik raya, gua cuba mengadaptasikan gaya hidup gua di bandar kat sana, bangun pagi jer terus bukak lagu kuat2 kononnya nak bg mood naik. Dan di kala dan saat itu jgk gua ditempik oleh mak gua. Then gua try explain mengatakan bahawa ni adalah cara menceriakan pagi agar mudah menghadapi cabaran di kemudian hari. Dan time tu jgk pakcik gua menyampok mengatakan cara menceriakan pagi bukan dgr mendengar lagu2 yg bukan2 tuh, tp adalah dgn mendengar bacaan Al-Quran dan ayat2 suci agar hari kita sentiasa diberkati.....terus gua terkedu, nasib gua x cakap yg lecturer gua yg ajar menda alah ni......

3 comments:

Prodigy October 27, 2009 at 9:40 AM  

gua syak lu dengar azan lagi elok bro.hahaha

Lynda.CG October 27, 2009 at 9:45 AM  

nice vclip! lagu sungguh mengujakan :D

el_zafa October 30, 2009 at 4:04 PM  

Gua hari2 dgr azan prod, tp biasalah, kita manusia nih..menda yg elok didengar itu yg kita xnak dgr, menda yg x elok didengar itu yg kita nak dgr....mcm mata jgk, menda yg 'tak elok' tu lah yg kita naaaakk sgt tgk, tol x?

Post a Comment