Minggu Kemaluan...Eh Minggu Memalukan!!!

Tak tahu nak cakap apa tapi minggu ni adalah salah satu minggu yg amat meninggalkan kesan kemaluan kat diri aku. Byk sgt peristiwa yg bila dikenang2 akan menyebabkan aku menjerit keseorangan ala-ala brader-brader auww kat Lorong Haji Taib satu ketika dahulu. Mengapakah ini terjadi, adakah lintasan Planet Pluto yg sedang mengelilingi orbit Zuhal lantas menyebabkan bintang Scorpio tdk kelihatan di ufuk langit barat? Errmmm.....yg pasti kejadian-kejadian ini harus aku jadikan pedoman dan iktibar agar aku sentiasa menjadi insan solehah dan meniti arus keduniaan yg semakin ke penghujungnya ni...

  1. Hari Ahad, mak aku mengarahkan anak bujangnya yg bertinggian 180cm ini ke kedai utk membeli gula dan keperluan dapur lain, so aku dgn hati yg ikhlas dan murni terus bertindak sbg membuktikan yg aku ni ingin menjadi anak soleh. Sekembalinya dari kedai, aku terus menuju ke lift, butang anak panah ke atas kutekan sambil telinga terdengar suara2 manja kat belakang aku. Bila ditoleh, perghhh...dua org gadis melayu yg tak pernah ku lihat sebelum ni berada dibelakangku, wajah comel dan keayuan mereka terserlah ditambah dgn pakaian yg menutup aurat tanda mereka mentaati suruhan agama. Tiba2 jer perasaan aku utk menunaikan sunnah nabi utk berkeluarga dtg menjengah fikiran, cepat2 aku terus menghafal ayat doa Qunut sbb aku dgr doa tu antara yg sering ditanya ketika temuduga kursus kahwin nnt. Pintu lift terbukak, awek2 dua org tu pun masuk, termasuk sorg akak dan brader yg tinggal seblok ngan aku tp muka x berapa familiar. Aku menuruti kemudian, masing2 sibuk nak tekan punat dlm lift tanda tingkat berapa dorg duduk. Aku tgk awek tu tekan no 11. Perghh...no feveret tuh, brader tu 16 dan akak td 9. Lift berjalan, sewaktu dlm lift mata aku terus memerhati kedua-dua awek ni, bergelak sakan dorg tp masih mengontrol ayu, suara pun leh tahan. Lift berhenti tingkat 9, akak tu pun keluar, bagus kurang satu bebanan kata aku dlm hati. Lift bergerak lagi ke tingkat 11, pintu terbukak dan awek2 tu pun keluar, sebelum pintu tertutup salah sorg dr awek tu sempat toleh ke belakang, terus aku buat muka macho ala-ala yakuza Jepun dlm drama yg aku selalu tgk. Pintu tertutup, aku terasa seolah-olah hatiku turut dibawak pergi. Lift bergerak lagi, kali ni terus Menuju Puncak (menuju puncak, gemilang cahaya...........iklan jap). Sampai tingkat 16, baru aku sedar....."demmmm....apa aku buat kat tingkat 16 nih, rumah aku tingkat 8...b*d*h punya lift" maki aku dlm hati, menyalahkan mesin tak bernyawa tuh atas kesengalan sendiri. Pintu terbukak, brader yg sorg tuh keluar lepas tuh toleh kat aku jgk, kali ni aku buat muka Nobita yg baru lepas kena kejar Giant, sambil tersengih aku cakap kat brader tuh: "saya tertinggal kunci kat motor, nak kena turun amik balik". Brader tersenyum kat aku, dia tgk aku dr atas sampai bawah, mesti dia heran nape budak badan besar nih x keluar2 dr lift. Pintu tertutup, cepat2 aku tekan punat 8, sewaktu aku nak tekan tuh baru aku sedar yg kat tangan aku ni terlekat kunci motor (siap ngan roadtax lagi). Alamak, patutlah brader tu gelak kat aku tadi...siot, nak cover malu punya pasal, malu makin bertambah. Sewaktu lift bergerak turun, ada dua menda aku fikir dlm kepala....pertama, aku rasa makin rajin aku nak ke tingkat 11. Kedua, jgn lah aku jumpa brader tuh lagi....Kemaluan Sey....
  2. Hari Khamis, ofiz aku buat training ttg kepenggunaan sistem baru, aku antara insan bertuah terpilih utk belajar menda baru tuh. Masalahnya, dlm seminggu dua ni aku x tahu kenapa aku sangap sangat-sangat. Sepanjang hari datang office asyik kira waktu nak balik, then dlm byk2 minggu, minggu yg aku tgh sangap lah dorg nak buat training. Tapi xper, demi membuktikan yg aku ni adalah sorg pekerja yg berdedikasi, aku hadirkan diri jgk ke bilik training sbb menda ni penting sekiranya aku nak cepat naik pangkat. Bila aku dah cepat naik pangkat maka makin cerah cita2 aku utk berbini empat.......orait, berbalik pada training tadi, masuk2 jer aku dah terasa nak menguap, aku tgk trainer yg mengajar kitorg pasal sistem tu pun xderlah cun mana, biasa-biasa jer......lagilah mata aku makin berat. Tapi aku xleh tidor, nnt rosak reputasi aku sbg pekerja berdedikasi. So utk mengelakkan diri dr tertidor, aku berangan.......dan dlm angan2 aku tuh aku berangan yg aku sedang dating ngan salah sorg model top dr Japan.......punyalah masyuk sampai tak kesedaran yg aku dah tersengih sorg-sorg. pembelajaran dan training tu pun ntah ke mana.....yg aku dengar perkataan-perkataan mobile jer kat belakang. Well dari situlah bermulanya kemaluan aku lagi, tgh2 syok layan perasaan, tiba2 nama aku disebut, alamak, time nilah dorg nak tanya soalan.....so secara spontan aku jawab: "Saya x pakai mobil, saya pakai Shell, Cik!!...................................Terus berderai ketawa dlm bilik training tuh, semua gelakkan aku seolah-seolah aku ni baru lepas buat lawak kat pentas Raja Lawak. "Apa kau merepek ni Mie, kitorg tanya ttg keberkesanan iklan dlm wap mobile, bkn kitorg tanya kau tanya kau pakai minyak mobil ke shell....huahuahauahaua", explain dorg yg menyebabkan aku rasa baru ditampar. Cis, baruku teringat, objektif utama training hari ni adalah ttg pembelajaran sistem baru yg melibatkan fungsi mengupload content dlm mobile. Arrggg.....kemaluan lagi.......kat mana aku nak sorok muka nih.......
Itu adalah contoh peristiwa memalukan aku utk minggu nih, ada lagi sebenarnya, tp terasa malas nak cerita sbb nnt aku makin bertambah malu....Auwww....Tiiiddaaakkkkk........

1 comments:

Prodigy November 6, 2009 at 7:46 AM  

kirim salam kat makwe tingkat 11 tu yek..hahaha

Post a Comment